Categories
SELANGOR

Paras empangan Sungai Selangor 100 peratus

SHAH ALAM 12 JAN : Takungan air di empangan Sungai Selangor terus berada ditahap konsisten apabila berada di paras 100 peratus dengan 220.00 juta meter padu.

Menurut laman sesawang Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Kolam Takungan Semenyih mencatatkan paras air sebanyak 99.70 peratus dengan 110.95 juta meter.

paras empanganManakala Kolam Empangan Tasik Subang sebanyak 99.58 peratus dengan 38.52 juta meter.

Selain itu, bagi Empangan Klang Gates 95.05 juta meter padu (98.52 peratus), Kolam Takungan Sungai Labu 33.5 juta meter padu (56.13 peratus).

Manakala Empangan Sungai Tinggi mencatatkan 58.10 juta meter padu (91.03 peratus).

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.