SHAH ALAM, 21 JAN: Polis Selangor mengambil langkah drastik melaksanakan Rondaan Bersama Polis bermula pada hari ini, ia berikutan arahan dikeluarkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid bAbu Bakar dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) semalam.
Lokasi rondaan bermula di sekitar lokasi tumpuan orang ramai iaitu di Batu Caves, Gombak sempena persediaan menyambut Hari Thaipusam pada Ahad ini.
Rondaan bersama ini juga dilaksanakan di dua lokasi berbeza iaitu daerah Petaling Jaya serta Subang Jaya.
Kehadiran Polis dan ATM bukan sahaja bertujuan mempertingkatkan tahap keyakinan orang ramai malah memberi isyarat bahawa keadaan keselamatan di negara ini berada dalam keadaan terkawal.
EZY