Categories
SELANGOR

Sambutan hebat, ‘Ride For Glory’ jadi acara tahunan

OLEH : NORHAYATI UMOR

PELABUHAN KLANG, 17 JAN: Acara kayuhan basikal ‘Ride For Glory’ bakal diangkat menjadi program tahunan ekoran sambutan yang menggalakkan dari dalam dan luar negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Central Spectrum Sdn Bhd, Mahmud Abbas, berkata pihaknya menerima maklum balas positif dari pelbagai pihak.

“Sebanyak 18 buah negara termasuk menerima penyertaan dari luar negara seperti Indonesia, Singapura, Great Britain, Amerika Syarikat, China dan Sepanyol.

Basikal“Tiga bulan lalu kita membawa promosi ke luar negara dan ia sangat berhasil,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata dengan adanya program itu secara tidak langsung meningkatkan ekonomi penduduk setempat mahupun kawasan sekitar.

“Penduduk di kawasan Pulau Indah dapat berkongsi keuntungan dengan menyewakan homestay begitu juga dengan hotel di kawasan sekitar.

“Begitu juga dengan industri makanan. Kita memanggil mereka untuk menyediakan makanan dan minuman,” katanya.

Mahmud berkata pihaknya juga sedang mencari bakat baru terutama dari penduduk Pulau Indah untuk diketengahkan melalui program itu.

Katanya, pihaknya menawarkan tajaan latihan untuk mereka dapat mewakili Malaysia atau di peringkat antarabangsa.

basikal“Walaupun laluan agak mencabar ekoran kemudahan jalan yang agak tidak baik dan suasana persekitaran dengan kenderaan berat namun ia tidak menghalang untuk peserta menamatkan pertandingan.

“Bagi saya ia satu cabaran untuk mereka. Sebelum memulakan mereka perlu persiapkan diri dengan pelbagai aspek,” katanya.

Beliau menyifatkan acara itu sebagai strategi pemasaran untuk penduduk dalam negara mahupun peserta luar negara mengenali produk Halal Hub.

Pertama kali dalam sejarah, acara kayuhan basikal sejauh 180 kilometer (km) berlangsung di Pulau Indah hari ini.

Acara itu mendapat penyertaan lebih 800 peserta yang memerlukan peserta melalui Pulau Indah, Banting, Bandar Enstek, Sepang dan kembali semula ke Pulau Indah.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.