Categories
SELANGOR

Siap 200 unit Rumah Selangorku, PKNS komited bina lagi

Oleh: SYASYA SUFIAN

RAWANG, 31 JAN: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) terus komited membina rumah mampu milik (RMM) dengan pembinaan Rumah Selangorku bagi meringankan golongan berpendapatan rendah.

Pengurus Pemasaran PKNS, Mah Fizul Rusydin Abd Rashid, berkata terdapat 200 unit Rumah Selangorku yang sedang dalam proses binaan di kawasan Serendah, Rawang.

Pelancaran Rumah Selangorku di Setia City Convention Centre MB (1)“Kita telah lancarkan pada tahun lepas dan kita jangka ia bakal siap Ogos 2017.

“Selepas siap, kita juga akan merangka untuk meneruskan projek Rumah Selangorku di kawasan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu Pelancaran Rumah Azhara di Galeri Jualan Antara Gapi, Serendah, Rawang, di sini, hari ini.

Katanya, untuk sebarang permohonan orang ramai disaran untuk berdaftar terus pada Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) dan LPHS akan berikan nama pemohon yang layak kepada PKNS untuk proses selanjutnya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.