SHAH ALAM 17 JAN: Pengubahsuaian semula Bajet 2016 Persekutuan perlu mengambil kira kepentingan rakyat supaya tidak menambah bebanan rakyat.
Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, berkata oleh itu antara yang perlu ‘diubahsuai’ oleh Kerajaan Persekutuan ialah memberi penekanan terhadap menyelesaikan kos sara hidup rakyat.
“Pemuda PAS menolak sekiranya kerajaan mahu memotong subsidi gas petroleum cecair (LPG) disebabkan isu kerugian sehingga RM800 juta subsidi berkenaan atas faktor penyelewengan.
“Ia bukanlah utama penyelesaian terhadap masalah penyelewengan yang berlaku,” katanya dalam kenyataan media.
Katanya Kerajaan Persekutuan disaran melihat pada unit ekonomi yang lebih kecil iaitu ekonomi kekeluargaan.
“Ini kerana jika ekonomi kekeluargaan itu dicukupkan, ia mengembalikan kuasa membeli di kalangan rakyat dan secara tidak langsung masalah ekonomi negara dapat beransur pulih dan stabil,” katanya.
EZY