Categories
SELANGOR

UNISEL anjur ceramah bulanan, rapat ukhuwah staf

SHAH ALAM, 30 JAN : Universiti Selangor (UNISEL) menganjurkan Ceramah Bulanan sebagai pengisian kepada staf universiti itu.

Pendekatan baharu itu diambil dengan fokus perkongsian ilmu dan merapatkan ukhuwah dalam kalangan staf.

CERAMAH BULANAN UNISELCeramah Bulanan bertajuk ‘Konsep Ibadah di Dalam Kerja’ disampaikan oleh Pengarah Pusat Pembangunan Pelajar, Abdul Rashid Abdul Aziz.

Program ini turut dihadiri Presiden dan juga Naib Presiden, Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.