Categories
NASIONAL

Flip flop isu pekerja asing taktik alih kemarahan rakyat

OLEH : AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 21 FEB: Tindakan flip-flop Kerajaan Persekutuan dalam isu pengambilan masuk 1.5 juta warga Bangladesh sehingga ia ditangguhkan adalah taktik sementara untuk mengelak dijadikan modal serangan utama pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata jika pengambilan diteruskan ia bakal mengakibatkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satim tersepit sekiranya menyokong tindakan itu.

warga asing -sosialKatanya, isu itu merentasi kaum, agama serta politik dan ia sudah pasti memberi kesan kepada BN di PRN Sarawak.

“Warganegara tertindas di negeri sendiri, terutamanya Sarawak, sudah pasti terasa dengan polisi kerajaan membawa warga asing tatkala hidup mereka dihimpit kesusahan kos hidup dan mencari kerja.

“Bayangkan perasaan warganegara sendiri melihat warga asing mendapat kerja manakala mereka menganggur, warga asing berniaga merata manakala mereka terus hidup bergaji rendah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, Kerajaan Persekutuan mungkin boleh menyalahkan kononnya majikan yang flip-flop dalam pengambilan warga asing namun rakyat perlu menanti sekiranya keputusan itu diteruskan atau tidak selepas PRN selesai.

“Rakyat tunggu dan lihat apakah alasan Kerajaan Persekutuan ketika itu pula untuk membolehkan pengambilan warga asing semula.

“Besar kemungkinan rakyat terpaksa tunggu sehingga PRN Sarawak selesai dahulu,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.