Categories
NASIONAL

“Jika bukan Anwar berkorban saya jadi macai di sisi Ahmad Maslan”

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SUNGAI BULOH, 12 FEB: Pengorbanan Datuk Seri Anwar Ibrahim melawan Umno-Barisan Nasional (BN) pada 1998 pemangkin perubahan landskap politik serta mempengaruhi kehidupan banyak golongan.

Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli, berkata walaupun Anwar menyedari keputusan menentang Umno menyebabkan beliau dan keluarga berhadapan pelbagai risiko, sebaliknya beliau istiqamah menegakkan keadilan.

BEBAS ANWAR“Kita terhutang budi kepada Anwar dan keluarga kerana sanggup menentang Umno-BN kerana sekiranya beliau tidak melawan pada masa itu saya percaya beliau sekarang tidak dipenjarakan dan boleh hidup senang.

“Keputusan Anwar membuka mata dan mengubah hidup saya. Kalau Anwar tidak melawan mungkin saya jadi macai pada masa ini dan duduk di sebelah Datuk Ahmad Maslan,” kata Rafizi pada Himpunan 365 #BebaskanAnwar di hadapan Penjara Sungai Buloh di sini, pada 9 Februari lalu.

Kata Ahli Parlimen Pandan, keputusan Anwar itu faktor tsunami politik pada Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008 lalu yang menyaksikan pembangkang menguasai lima negeri di samping memperolehi sokongan majoriti rakyat 52 peratus.

Katanya lagi, tsunami politik pada 2008 itu turut mewujudkan ramai wakil rakyat baru di kalangan pembangkang sama ada di peringkat Negeri atau Parlimen.

Selepas dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri, Anwar dipenjarakan sebanyak dua kali atas fitnah salah guna kuasa mengarahkan polis melakukan siasatan terhadap Umi Hafilda Ali dan Azizan Abu Bakar dan fitnah liwat II.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.