Categories
NASIONAL

LFL gesa Anwar diletak di bawah tahanan rumah

SHAH ALAM 9 FEB: Lawyers for Liberty (LFL) hari ini menggesa Kerajaan Persekutuan supaya bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dan diletakkan di bawah tahanan rumah.

Pengarah Eksekutif LFL, Eric Paulsen, berkata Anwar mengalami masalah kesihatan dan diberikan akses terhad kepada rawatan perubatan, manakala pemenjaraan berterusan beliau mencemarkan reputasi antarabangsa Malaysia.

Anwar bebas“Selaras dengan status Anwar sebagai ‘banduan hati nurani’ dan kebimbangan yang dibangkitkan di peringkat dunia, kami menyeru pihak berkuasa melepaskannya dan mengenakan tahanan rumah ke atasnya.

“Ia supaya beliau boleh menghabiskan sisa hukumannya di sebuah fasiliti pemulihan dengan kawalan keselamatan minimum dan supaya beliau boleh menerima rawatan perubatan tidak didapatinya di dalam penjara,” katanya dalam kenyataan media.

Sebelum ini, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mendapati Anwar bersalah dalam kes fitnah liwat 2 yang menghukum ketua umum KEADILAN itu penjara lima tahun penjara.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.