Categories
SELANGOR

MPAJ sedia kaunter bergerak sepanjang Februari

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 19 FEB: Warga Ampang Jaya kini berpeluang membuat semakan dan bayaran cukai taksiran menerusi kaunter bergerak disediakan Majlis Perbandaraan Ampang Jaya (MPAJ).

Pegawai Komunikasi Korporat MPAJ , Norhayati Ahmad, berkata MPAJ menyediakan kaunter bergerak di pasar pagi dan pasaraya sepanjang bulan Februari ini.

MPAJ“Orang ramai dinasihatkan menjelaskan cukai sebelum 29 Februari.

“Antara lokasi kaunter bergerak yang terpilih bagi pasaraya adalah di pusat beli belah Ampang Point dan Pasaraya Aeon Big Ampang bermula jam 6.00 petang hingga 9.00 malam. Manakala pada hari sabtu dan ahad bermula 12.00 tengah hari hingga 9.00 malam,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, katanya, lokasi kaunter bergerak bagi pasar pagi adalah di Chansellor Kondominium Taman Kosas pada 20 Februari, Taman Ukay Perdana pada 21 Februari, Taman Bukit Antarabangsa pada 27 Februari dan Glenview Kondo Pinggiran Cheras pada 28 Februari.

Kaunter akan beroperasi bermula seawal jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Jabatan Perbendaharaan di talian 03-42968004.

Leave a Reply

Your email address will not be published.