Categories
SELANGOR

Red Giants berjaya curi satu mata di Larkin

OLEH : AFIX REDZUAN

LARKIN, 13 FEB: Biarpun Red Giants berjaya mencuri satu mata di Larkin namun pasukan itu terpaksa akur tewas 7-6 kepada Johor Darul Takzim (JDT) menerusi sepakan penalti bagi merebut Piala Sumbangsih.

Kedua-dua pasukan menunjukkan aksi mantap pada perlawanan itu apabila JDT memperolehi gol awal pada separuh masa pertama menerusi Hariss Harun selepas menanduk masuk sepakan sudut diambil Safiq Rahim.

Bersambung babak kedua, Selangor menggandakan serangan dan akhirnya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-60 menerusi Hafiz Kamal menerusi sepakan cantik diluar kotak penalti menawaskan penjaga gol JDT.

Red GiantsPerlawanan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan sekadar seri 1-1 tamat tempoh 90 minit permainan.

Selangor berpeluang untuk menamatkan sepakan penalti lebih awal untuk menang selepas Azamuddin Akil gagal menyempurnakan sepakan penalti keenam JDT namun perkara sama berlaku kepada R Gophinathan selepas Farizal Marlias menampan kemas sepakan beliau.

Sepakan penalti kesembilan Selangor gagal disempurnakan Azrif Nasrul Haq dan sekadar melewati gawang gol.

Kejayaan ini menyaksikan JDT berjaya merangkul Piala Sumbangsih untuk kali ketiga.

Berikut adalah keputusan lain perlawanan Liga Super 2016 yang turut berlangsung, malam ini.

Di Stadium Darul Makmur – PAHANG 2 TERENGGANU FC II 2

Di Stadium Sultan Mizan – TERENGGANU 1 PULAU PINANG 0

Di Stadium Tun Abdul Razak – FELDA UNITED 2 KEDAH 0

Di Stadium Perak, Ipoh – PERAK 0 KELANTAN 0

Di Stadium Hang Jebat, Melaka – PDRM 1 SARAWAK 0

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.