Categories
SELANGOR

RM352,000 dana bantu masyarakat Gaza

OLEH : SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 29 FEB: Sejumlah RM352,000 dana bantuan berjaya dikumpul sejak Julai 2014 melalui Selangor Humanitarian Fund dalam Program ‘Pray 4 Gaza’ sebagai usaha kolektif dan inklusif bagi membantu krisis melanda penduduk Gaza ekoran serangan Zionis Israel.

Exco Hal Ehwal Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Ahmad Yunus Hairi, berkata dana tersebut dibahagi kepada lapan badan bukan kerajaan (NGO) yang aktif menyalurkan bantuan kemanusiaan.

gazajais 1“Dana itu diagihkan kepada NGO terlibat sejumlah RM44,000 antaranya Muslim Care Malaysia, Cakna Palestin, Aman Palestin, Islamic Relief Malaysia, Tabung Gaza MAPIM,Yayasan Amal Cawangan Selangor dan Pertubuhan Himpunan Lepasan Institut Pendidikan Malaysia (HALUAN).

“Ia bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap isu Palestin dan kemanusiaan sebagai saudara Islam yang punyai nilai kemanusiaan,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu Majlis Penyerahan Tabung ‘Selangor Humanitarian Fund’ di Dataran Sakinah, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), di sini, hari ini.

Program itu gerakan bersepadu melalui idea Majlis Usahawan Nasyid Malaysia (MUNSYID Malaysia) dan Nasyeed.com bersama lebih 100 artis menggerakkan program itu daripada pelbagai sudut bantuan kemanusiaan bagi membantu mangsa serangan rejim Zionis itu.

Program itu mendapat sokongan agensi kerajaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Majlis Agama ISlam Selangor (MAIS), Lembaga Zakat Selangor (LZS), Jabatan Mufti Selangor dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

“Walaupun tabung ini dilancarkan khusus untuk isu Palestin namun skopnya diperluaskan untuk semua isu kemanusian di luar mahupun dalam negara.

“Tabung Selangor Humanitarian Fund dalam proses naik taraf kepada ‘Akaun Amanah’ yang memainkan peranan lebih besar bukan sahaja menerima dan menguruskan dana tetapi memantapkan solidariti masyarakat prihatin,” katanya.

Hadir sama Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dato’ Setia Mohd Temyes Abdul Wahid dan Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Ahmad Zaki Arshad.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.