Categories
SELANGOR

Selangor paling pantas hulur bantuan

Oleh: SHUAIB AYOB

KUCHING, 27 FEB: Setiap kali berlaku musibah atau bencana tidak kira di mana sekalipun, Selangor paling pantas menghulurkan bantuan.

Pengarah Operasi Banjir KEADILAN Sarawak, See Chee How, berkata keprihatinan Kerajaan Selangor tidak boleh dinafikan, malah negeri itu peka terhadap situasi semasa yang berlaku.

CP2A8707“Kerajaan Selangor memang kerap menghulurkan bantuan ketika banjir, malah menjadi negeri pertama yang tiba menghulurkan bantuan.

“Mereka sentiasa bersedia tidak kira masa, justeru saya amat berterima kasih atas segala khidmat dan sumbangan diberikan,” katanya kepada SelangorKini.

Pada 24 Februari lalu, Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor (PANTAS) tiba di Kuching untuk memberi bantuan kepada mangsa banjir yang terlibat di 21 daerah di kawasan itu.

Kawasan paling terjejas teruk adalah Kampung Bunuk membabitkan 147 keluarga dan kerja-kerja pembersihan giat dilakukan setiap hari.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.