Categories
SELANGOR

Tiada cadangan naik tarif air – MB

Oleh : NORHAYATI UMOR

KLANG, 19 FEB: Kerajaan Negeri tidak bercadang menaikkan tarif air seperti yang dihebahkan, kata Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Katanya, beliau sudah mendapatkan penjelasan dari Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berhubung perkara itu.

MB Azmin“Tiada cadangan untuk menaikkan tarif air.

“Setakat ini, Kerajaan Negeri belum menerima sebarang cadangan untuk menaikan tarif air,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Chap Goh Mei daerah Klang, di Bangunan Persatuan Hokkien.

Sebelum ini, media melaporkan Air Selangor akan menghantar pelan bisnes tiga tahun yang dijangka melibatkan cadangan tarif baharu air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bulan depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Suhaimi Kamaralzaman, berkata pelan bisnes berkenaan mengambil kira kos biaya operasi dan kos biaya modal pengurusan air di kawasan Lembah Klang.

Bagaimanapun sebarang semakan tarif air yang dicadangkan adalah tertakluk kepada persetujuan SPAN.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.