Categories
SELANGOR

115 tanah lot berisiko biak denggi perlu dibersihkan

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 16 MAC: Sebanyak 115 tanah lot dikenal pasti berisiko menjadi tempat pembiakan denggi perlu dibersihkan.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata arahan dikeluarkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) sama ada jabatan kesihatan mahupun jabatan sisa pepejal untuk mengambil tindakan segera.

Katanya, pemilik tanah lot terlibat akan menerima notis 14 hari melalui tiga cara sama ada serahan secara terus, pos dan notis papan tanda untuk melakukan pembersihan.

pc dr daroyah 2“Jika tiada sebarang tindakan pembersihan dilakukan, PBT berhak mengenakan kompaun selain lokasi itu tetap perlu dibersihkan pemilik.

“Sekiranya PBT terpaksa melakukan pembersihan selepas tiada tindakan dalam tempoh 14 hari, maka kosnya akan dituntut semula kepada pemilik.

“Keengganan pemilik melunaskan bayaran bakal menyukarkan mereka membayar cukai pintu dan cukai taksiran di PBT,” katanya dalam satu kenyataan.

Daripada 115 tanah lot itu, 64 daripadanya dikenalpasti di Petaling, Gombak (11), Sabak Bernam (10), Hulu Selangor (9) dan Hulu Langat (5), Klang (5), Kuala Langat (5), Sepang (5) dan Kuala Selangor (1).

DENGGI GRAFIKSehingga 7 Mac lalu, lebih 50 peratus iaitu 66 daripada 115 tanah lot kosong berkenaan sudah dibersihkan.

Orang awam juga boleh melaporkan lokasi wabak di sekitar mereka terus kepada laman facebook Selangor Bebas Denggi di https://www.facebook.com/selangorbebasdenggi.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.