Categories
SELANGOR

Cuti bersalin 90 hari sudah memadai

OLEH : AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 31 MAC: Kerajaan Negeri belum bercadang memperkenalkan cuti bersalin selama enam bulan untuk penjawat awam.

Sebaliknya, cuti bersalin 90 hari diperuntukkan kini disifatkan memadai kerana hanya 30 penjawat awam yang memanfaatkannya sejak diperkenalkan, kata Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi.

DAROYAH DNS 2016“Kita belum bercadang untuk melaksanakannya lagi kerana 90 hari yang diperuntukkan memadai ketika ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan usul menjunjung kasih titah DYMM Sultan Selangor di Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.

Cuti bersalin 90 hari mula diperkenalkan Kerajaan Selangor pada Mac 2008.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.