Categories
NASIONAL

FGVH didesak batal perjanjian ambil alih syarikat bermasalah

OLEH : NORHAYATI UMOR

KUALA LUMPUR, 15 MAC: Felda Global Venture Holdings (FGVH) didesak membatalkan perjanjian bagi pengambilalihan syarikat bermasalah di Cameron Highland.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mendakwa syarikat berasal dari China itu dikhuatiri bermasalah ekoran kegagalan melaksanakan audit syarikat sejak 2013.

Katanya, FGVH didapati menandatangani perjanjian pembelian sebanyak 55 peratus iaitu RM976 juta.

felda-grafik“Persoalan besar  perlu dijawab FGVH adalah mengapa mahu membeli syarikat gagal untuk laksanakan audit.

“Dan FGVH didapati membayar deposit sebanyak 25 peratus iaitu kira-kita RM600 juta. Jumlah deposit ini terlalu besar berbanding jumlah deposit biasa iaitu sebanyak tiga hingga sepuluh peratus,” katanya dalam sidang media di Lobi Parlimen.

Pua mendakwa turut menjadi persoalan apabila syarikat minyak sawit bercadang mengambil alih syarikat minyak kacang tanah.

“Jika sesebuah syarikat tidak mampu laksanakan audit sudah pasti syarikat itu bermasalah.

“Mengapa juga FGVH menandatangani perjanjian sehingga audit syarikat itu dibuat?,” soalnya.

Beliau mendesak Ahli Lembaga Pengarah FGVH menangguhkan pengambilalihan sehingga audit bagi 2014 dan 2015 diselesaikan.

“Sebelum ini, FGVH didapati membuat pengambil alihan syarikat plantation seluruh negara termasuk United Plantation (RM 1.2 bilion), Asian Plantation Ltd (RM 568 juta) dan Felda Iffco South China (RM 181 juta).

“Begitu juga dengan Engle High Plantations dengan membeli dengan tiga kali ganda dari harga pasaran.

“Ini adalah penilaian yang tidak masuk akal,” katanya.

Beliau berkata penawaran saham perdana (IPO) kini semakin menurun sehingga 1.51 sen sehingga semalam.

“Keuntungan FGVH juga menurun dari RM1.33 bilion pada 2011 hingga RM117 juta tahun lalu,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.