OLEH : NORHAYATI UMOR
SHAH ALAM, 30 MAC: Pelaksanaan program HeForShe menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri mengangkat martabat wanita menjadi tunggak pembangunan Selangor.
Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata program khusus untuk mengangkat wanita itu juga memerlukan keterlibatan kaum lelaki untuk menjayakannya.
“Saya menyambut baik saranan Batu Tiga, memang benar program ini dari United Nation (UN) bagi menyelesaikan isu wanita yang bukan sahaja dibahaskan kaum wanita tetapi juga perlu diangkat kaum lelaki.
“Selaras dengan ucapan dalam Belanjawan 2016, saya mahu Kerajaan Negeri menunjukkan komitmen semua pihak termasuk lelaki untuk memberikan kesedaran awam selain mempertahan dan memperjuangkan wanita.
“Berkenaan dengan program khusus, program ini perlu direncana dan membahaskan secara bersama dalam mencari penyelesaian,” katanya yang menjawab pertanyaan dari Rodziah Ismail (KEADILAN- Batu Tiga).
Mohamed Azmin memberikan contoh kepimpinan dalam Kerajaan Negeri yang dijawat wanita iaitu Pegawai Daerah Sepang dan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS).
“Tiada masalah kerana kepimpinan Kerajaan Negeri kerana kita ‘subscribe gender’ yang berkualiti dengan dua kepimpinan tertinggi wanita di Selangor.
“Saya yakin dan percaya Kerajaan Negeri ‘subscribe gender quality’ dan ia diterima baik dalam menghormati peranan kaum wanita,” katanya.
Beliau percaya proses berterusan menghayati peranan wanita dapat dilaksanakan dengan seadilnya.
-nR-