OLEH : NORHAYATI UMOR
KUALA LUMPUR, 14 MAC: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman digesa untuk memberi penjelasan berhubung isu RM27 juta di dalam akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, berkata hal itu kerana terdapat percanggahan kenyataan beliau dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Azalina perlu menjawab isu ini kerana ia bercanggah dengan kenyataan SPRM dan kenyataan Peguam Negara yang mendakwa RM3.2 juta digunakan untuk membayar kad kredit,” katanya dalam sidang media di Parlimen.
Sehubungan itu, Tony berkata beliau tidak teragak-agak membawa perkara itu ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana kenyataan mengelirukan.
“Ini penting untuk dijelaskan. Adakah beliau menafikan perkara ini hanya kerana menutup kes bos beliau.
“Saya juga mahu mempersoalkan sejak bila SPRM membuat syor bahawa Perdana Menteri tidak bersalah? Sedangkan SPRM mengatakan hal ini belum siap siasatan sepenuhnya,” katanya.
EZY