Categories
NASIONAL

Ketua Pembangkang ucap takziah nahas pesawat FlyDubai FZ981

SHAH ALAM 20 MAC: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa nahas pesawat FlyDubai FZ981 yang terhempas di Rostov-on-Don, Rusia.

Katanya beliau berharap Kerajaan Rusia dan pihak penerbangan pantas mengenalpasti punca kejadian itu yang mengorbankan 61 nyawa.

FlyDubai“Melihat kepada tragedi nahas penerbangan melibatkan MH370, MH17, dan AirAsia QZ8501, semua standart operasi penerbangan komersil memerlukan penambahbaikan,” katanya dalam kenyataan media.

Wan Azizah berkata diharap keluarga mangsa tabah dan kuat menghadapi dugaan itu.

FlyDubai Airline, syarikat penerbangan tambang rendah Dubai, mengesahkan pada Sabtu bahawa penerbangan FZ981 dari Dubai ke bandar Rostov-on-Don di Russia terhempas ketika melakukan pendaratan.

Menurut kenyataan syarikat itu dalam laman webnya, nahas berlaku pada kira-kira 00:50 GMT (8.50 pagi Sabtu waktu Malaysia) ketika pesawat berkenaan melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Rostov-on-Don.

Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai pada 18:20 GMT (2.20 pagi Jumaat waktu Malaysia).

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.