Categories
NASIONAL

Kouta haji perlu ditingkat 50,000 jemaah setahun

OLEH : NORHAYATI UMOR

KUALAU LUMPUR, 15 MAC: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun disaran berunding dengan Kerajaan Saudi dalam usaha meningkatkan kuota haji sehingga 50,000 jemaah setahun.

Setiausaha Agung KEADILAN, Rafizi Ramli, berkata hal itu memandangkan beliau sangat rapat dengan Kerajaan Saudi.

“Kita juga mahu mereka memendekkan tempoh menunggu giliran untuk rakyat ke tanah suci itu.

haji-dan-umrah“Saya sedia maklum jawapan Datuk Seri Jamil Khir semalam seolah-olah menunding jari kepada komen saya buat sebagai sebab kenapa jemaah haji terpaksa menunggu sehingga 70 tahun untuk menunaikan haji.

“Jawapan diterima pada 9 Mac laku mengenai kaedah digunakan menentukan giliran jemaah haji berdasarkan ‘mendaftar dahulu akan didahulukan.

“Sebab itu jawapan beliau semalam tidak tepat dan cuba menyembunyikan kelemahan kerajaan dengan memberi gambaran seolah-olah timbal balik kedudukan kewangan Tabung Haji punca terpaksa menunggu lama,” katanya kepada pemberita dalam sidang media.

Rafizi berkata setakat Februari 2016, terdapat 2.023 juta pemegang akaun Tabung Haji mendaftar sedangkan kuota haji hanya 0.1 peratus dari jumlah penduduk Malaysia.

“Kuota rasmi jemaah haji bagi Malaysia adalah 30,000 setahun. Namun, sejak beberapa tahun lalu, kuota haji Malaysia sekitar 22,000 setahun.

“Pada angka ini dan jumlah bakal haji seramai 2.023 juta, purata seorang bakal haji perlu menunggu di antara 40-70 tahun menunaikan haji,” katanya.

Katanya, beliau mahu membentangkan analisis mengenai pengurusan giliran haji dan kuota haji dalam masa terdekat.

Beliau berkata ia bagi menunjukkan terdapat kepincangan memangsakan bakal haji miskin dan tua.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.