Categories
SELANGOR

Laman 3D, Kebun Hidroponik tarikan terbaru Kompleks 3C

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SUBANG JAYA, 8 MAC : Seiring komitmen Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) untuk menggalakkan aktiviti pelancongan produk tempatan, fungsi Kompleks 3C kini tampil dengan produk terbarunya, Laman 3D dan Kebun Hidroponik.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Subang Jaya, Hannah Yeoh, berkata inisiatif itu diharap mampu menarik lebih ramai pengunjung ke pusat komuniti ini bagi tujuan aktiviti riadah sekeluarga.

Kompleks 3C“Ini tarikan terbaru di Kompleks 3C. Contohnya melalui produk Laman 3D apabila masyarakat setempat tidak perlu merakamkan gambar berbentuk 3D ke Pulau Pinang.

“Tetapi masyarakat Pulau Pinang sendiri boleh datang ke sini dan menggunakan perkhidmatan terbaru ini,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran produk 3C terbaru itu di Jalan PJS 11/2, hari ini.

Hadir sama pada majlis itu, Pengarah Pembangunan Masyarakat,
Muhammad Zaki Yusoff dan Timbalan Yang Dipertua MPSJ, Abdullah Marjunid.

Laman 3D memberi peluang kepada pengunjung bergambar menggunakan latar belakang lukisan 3D yang disediakan di lantai Laman 3C pada kadar
RM10.00.

Lebih istimewanya kata Hannah, bagi pengunjung yang hadir sekeluarga, mereka boleh menikmati kadar bayaran mengikut pakej keluaga pada kadar RM20, terhad kepada tiga kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

Hidroponik“Mereka yang datang bekeluarga boleh mendapatkan pakej harga lebih rendah supaya kita dapat tarik lebih ramai lagi masyarakat beriadah di kompleks ini,” katanya.

Sementara itu, Kompleks Hidropnik pula pengunjung boleh mendapat pot sayuran hidroponik seperti ‘salad green coral’ dan ‘salad red coral’ yang ditanam tanpa menggunakan bahan organik.

Menariknya, pengunjung diberi peluang memetik sayuran sendiri dengan kadar bayaran RM6.00 bagi setiap pokok.

Kompleks 3C dulunya dikenali sebagai ‘Childred Creativity Centre’ dibangunkan melalui projek inovasi MPSJ yang bertanggungjawab dalam pembangunan modal insan masyarakat setempat.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.