Categories
SELANGOR

Lapan tahun tadbir, hak wanita terus terpelihara

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 16 MAC : Aspek pembangunan dan kebajikan wanita tidak pernah dipinggirkan sepanjang lapan tahun pentadbiran Pakatan di Selangor.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata Kerajaan Negeri menzahirkan usaha itu menerusi dasar dan program Merayatkan Ekonomi Selangor (MES).

Daroyah“17 program di bawah MES, kekayaan hasil bumi Selangor ini dikongsi bersama rakyat dan inilah antara kejayaan manis pentadbiran kita di Selangor.

“Setelah lapan tahun, kita berjaya menambah pelbagai program antaranya Bas Percuma Smart Selangor yang menjadi identiti perkongsian Kerajaan Negeri bersama rakyat.

“Bagi wanita pula, Pusat Wanita Berdaya (PWB) dilihat sangat memberi manfaat dengan sambutan yang cukup baik kepada golongan itu,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

ADN Sementa itu berkata, pentadbiran bersih dan telus menjadi cerminan buat Pakatan sebagai sebuah pentadbiran yang lebih kukuh berbanding tatakelola Kerajaan Pusat yang terpalit dengan pelbagai skandal dan penyelewengan kuasa.

“Ini menjadi prinsip dan asas kita untuk terus melaksanakan segala dasar mebantu rakyat,” katanya.

Rakyat Selangor memberi mandat yang besar kepada Pakatan Rakyat apabila 44 kerusi Dewan Negeri Selangor berjaya dimenangi gagasan itu.

Ini sekaligus memberikan Pakatan majoriti dua pertiga di dalam Dewan Negeri Selangor. Calon Umno-BN menguasai 12 kerusi Dewan Negeri Selangor.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.