SHAH ALAM 19 MAC: Kerajaan Selangor dan kepimpinan Universiti Selangor (UNISEL) diyakini mampu menyelesaikan isu permasalahan dihadapi di kampus utama UNISEL Bestari Jaya.
Koordinator Demi Mahasiswa UNISEL (DMU), Abdul Kahar Abdul Manaf, berkata DMU mengucapkan tahniah kepada pimpinan Kerajaan Negeri apabila turun padang melihat masalah dihadapi mahasiswa dan mahasiswi UNISEL.
“Syabas khususnya kepada pimpinan Kerajaan Selangor yang sanggup turun padang demi melaksanakan agenda pembangungan modal insan.
“DMU yakin pentadbiran Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, mampu menyelesaikan kemelut dihadapi masyarakat UNISEL,” katanya dalam kenyataan media.
Katanya, isu prasarana dan fasiliti dihadapi seperti perpustakaan dan fakulti mendapat perhatian serius dan diberikan keutamaan Menteri Besar sendiri.
“Komitmen Kerajaan Negeri membantu membangunkan UNISEL sudah berada dilandasan betul dan perlu disokong masyarakat UNISEL sendiri.
“Pada masa hadapan, diharapkan perbincangan dua hala antara pimpinan Kerajaan Negeri dan mahasiswa/mahasiswi diperbanyakkan.
Katanya, DMU yang mewakili suara mahasiswa/mahasiswi UNISEL Bestari Jaya terus menyokong usaha dijalankan menaik taraf sistem pendidikan di UNISEL.
EZY