Categories
SELANGOR

MAIS lancar Op’s 3P kekang kutipan khairat tanpa kebenaran

OLEH : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 9 MAC: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) giat menjalankan Op’s 3P (Pemakluman, Pemutihan dan Penguatkuasaan) membabitkan usaha membanteras kutipan khairat tanpa kebenaran di seluruh negeri, ketika ini.

Timbalan Pengarah JAIS, Ahmad Zaki Arsad, berkata tindakan tegas diambil mengikut peruntukan Seksyen 106 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 dengan merampas tabung berkenaan, bermula 1 Mei depan.

Katanya, JAIS juga melaksanakan siasatan lanjut di bawah Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 dan Seksyen 106 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003 pindaan 2015 dan tindakan pendakwaan bagi mereka yang ingkar.

JAIS-BANGUNAN“Op’s 3P ini dimulakan bermula Februari lalu mengikut tiga fasa berperingkat merangkumi tindakan memaklumkan pendekatan 3P dengan memberi peringatan kesalahan, mengedar borang permohonan MAIS dan mengedar keratan Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 berhubung kesalahan menghina atau menyebabkan Islam dipandang hina.

“Pemakluman ini dibuat melalui surat kepada masjid, surau, pengusaha restoren, sekolah tahfiz dan rumah kebajikan Islam selain menampal dipremis berkenaan untuk tujuan pemberitahuan kepada orang awam dan golongan sasar,” katanya dalam kenyataan.

Zaki berkata, Fasa Pemutihan pula dijalankan selama dua bulan bermula Mac ini bagi memberi ruang kepada mana-mana pihak mengemukakan permohonan memungut dana daripada MAIS dan proses kelulusan serta pemberitahuan keputusan permohonan.

“JAIS menasihatkan pihak berkaitan memastikan setiap kutipan khairat yang ingin dibuat perlu mendapat kebenaran dari MAIS,” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.