OLEH : DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI
Cabaran ekonomi hari ini menuntut Putrajaya memahami konsep federalisme dari perspektif yang lebih komprehensif.
Federalisme bermaksud pengagihan tanggungjawab, kuasa dan hasil berdasarkan keutamaan yang berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.
Konsep distributive justice menuntut Putrajaya untuk melaksanakan pengagihan pendapatan negara secara adil dan saksama.
Ini termasuklah pengagihan hasil cukai pendapatan korporat dan individu yang merupakan sebahagian daripada hasil pendapatan negara.
Kita perlu mengkaji dari pengalaman Jerman, negara maju yang amat ampuh ekonomi dan industrinya, tetapi pada masa yang sama amat peduli dalam menjayakan keadilan pengagihan khususnya dalam memperkasakan federalisme melalui perkongsian pendapatan cukai antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan.
Melalui pengagihan yang adil dan saksama, kita berharap agar hubungan Persekutuan dan Negeri terus kekal sejahtera dan maju demi kemaslahatan rakyat dan negara.