Categories
SELANGOR

MBI teliti maklum balas kamar penasihat undang-undang

OLEH: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 30 MAC: Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) sedang meneliti maklum balas awal Kamar Penasihat Undang-undang Negeri berhubung cadangan penambahbaikan tadbir urus korporat.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata antaranya termasuk menyediakan laporan audit dalaman dan Jabatan Audit Negara serta dibentangkan kepada Dewan Negeri Selangor (DNS).

Katanya, laporan secara tahunan itu juga boleh diperoleh secara atas talian (online).

azmin ali DUN grey 01“Selain kamar undang-undang negeri dan pihak luar, MBI turut mendapatkan pandangan Jawatankuasa Pilihan Agensi, Badan Berkanun dan Anak Syarikat (JP-ABAS).

“Saya akan maklumkan kepada MBI untuk segerakan proses ini dan harap suku tahun kedua kita dapat kaedah cukup jelas bagi capai matlamat pentadbiran yang tinggi integriti, ketelusan dan kebertanggungjawaban,” katanya di DNS di sini, pagi ini.

Terdahulu, beliau menjawab soalan Yeo Bee Yin (Damansara Utama) berhubung proses dan tempoh rasionalisasi MBI dan anak syarikatnya.

Mohamed Azmin yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Antarabangsa berkata, enakmen yang diputuskan pastinya memberi kesan kepada kerjasama dengan syarikat swasta.

“Sebaik sahaja MBI kukuhkan isu pentadbiran pengurusan, sudah tentu sebarang urusniaga komersil mesti terikat dengan enakmen atau garis kaedah yang diputuskan kelak,” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.