KUALA SELANGOR 18 MAC: Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) serius menangani premis judi di daerah itu melalui operasi bersepadu pelbagai agensi.
Yang Dipertua MDKS, Noraini Roslan, berkata laporan media mendakwa terdapat lambakan premis judi, karaoke dan rumah urut beroperasi di dalam kawasan pentadbiran MDKS.
Katanya pihak berkuasa tempatan tiada kuasa untuk mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas premis judi atau kegiatan aktiviti berunsur judi.
Kesalahan berkaitan aktiviti dan premis judi haram tertakluk di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 yang mana akta ini digunapakai oleh polis.
“Urusan kelulusan lesen pusat siber, karaoke dan pusat hiburan keluarga dijalankan mengikut prosedurbetul.
“MDKS tidak menafikan terdapat pemilik atau pengusaha premis berlesen menyalahgunakan premis itu dengan aktiviti judi.
“Walau bagaimanapun tindakan penguatkuasaan sewajarnya dilaksanakan MDKS bagi mengawal dan memantau aktiviti tidak sihat,” kata Noraini dalam kenyataan media.
Noraini berkata MDKS komited dalam tindakan penguatkuasaan melibatkan pusat hiburan atau aktiviti hiburan menyalahi undang-undang dan sentiasa bekerjasama menjalankan operasi membanteras gejala itu.
“Diingatkan tanggungjawab menangani dan membentaras gejala tidak sihat ini tanggungjawab bersama semua pihak,” katanya.
EZY