Categories
SELANGOR

Pelbagai kaum raikan Tahun Baru Cina DUN Serendah

Oleh: HAFIZAN TAIB

SERENDAH, 6 MAC: Orang ramai terutama penduduk setempat tidak melepaskan peluang beramah mesra bersama pemimpin dalam Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di sini, malam tadi.

Majlis dihadiri Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan lebih 500 orang itu berlangsung meriah tetapi sederhana dengan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama berhimpun di situ.

IMG_20160305_213520Ia turut disertai Presiden KEADILAN merangkap ADN Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Exco Kerajaan Negeri, Elizabeth Wong, ADN Rawang, Gan Pei Nei, Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian, Pegawai Daerah Hulu Selangor, Mohd Fauzi Mohd Yatim dan Ketua Cabang KEADILAN Hulu Selangor, June Liew.

Selain menjamu selera, pelbagai acara diadakan seperti persembahan paluan gendang, tarian dan nyanyian berkenaan perayaan itu.

Mohamed Azmin, Wan Azizah dan hadirin kehormat lain turut serta memukul gendang perayaan sambil diiringi muzik latar.

Penyertaan orang ramai dalam majlis anjuran KEADILAN Cabang Hulu Selangor itu membuktikan perpaduan rakyat Malaysia tetap utuh biarpun negara memghadapi pelbagai dugaan dan cabaran masa kini.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.