Categories
NASIONAL

Pendidikan kemahiran teknikal dan vokasional perlu dimajukan

OLEH : NORHAYATI UMOR
KUALA LUMPUR, 14 MAC: Pendidikan Kemahiran Teknikal dan Vokasional perlu diberikan perhatian Kerajaan Persekutuan supaya negara dapat mengeluarkan graduan terlatih terbaik.
Ahli Parlimen Gombak, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata beliau yakin melalui sumber daya manusia mewujudkan pelaburan terbaik dalam sesebuah negara maju.
KURSUS KEMAHIRANKatanya, namun sektor terbabit belum diberi perhatian Kerajaan Persekutuan.
“Selain ‘political will’ yang boleh lakukan perubahan struktur ekonomi khususnya pelabur, sektor pendidikan juga perlu diberi perhatian.
“Namun, baru-baru ini belanjawan bagi sektor ini dikurangkan sebanyak RM2.4 bilion. Bagaimana sektor ini diangkat jika peruntukan dipotong.
“Apakah status bagi hasrat mendedahkan pelajar lebih awal dalam bidang kemahiran ini? Jika belanjawan dipotong adakah ia mencapai sasaran?,” soalnya dalam perbahasan di Dewan Rakyat.
Beliau berkata berdasarkan statistik, di Malaysia hanya terdapat lima peratus pelajar mengikuti pendidikan itu.
Katanya, ia berbanding 25 peratus (Singapura), 53 peratus (Indonesia) dan 45 peratus (Thailand).
“Bagaimana negara boleh menyiapkan tenaga kerja mahir jika sektor pendidikan tidak menyediakan kemudahan sepatutnya.
“Tenaga muda berpotensi membantu negara memulihkan ekonomi,” katanya.

 

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.