RUSIA 19 MAC: Sebuah pesawat Boeing-737 milik Dubai Aviation Corporation (Flydubai) FZ981 terhempas di Lapangan Terbang Rostov-on-Don.
Media tempatan Rusia melaporkan 62 penumpang termasuk krew terkorban.
Menurut laporan awal pesawat itu terhempas ekoran jarak penglihatan terhad menyebabkan kecelakaan terhadap pesawat itu mendarat ketika cuaca hujan lebat.
Menurut laporan itu lapangan terbang Rostov-on-Don ditutup sehingga waktu ditentukan.
Boeing Airlines dalam satu catatan di Twitter berkata pihaknya menerima laporan dan sedang mendapatkan maklumat mengenai nahas itu.
Flydubai merupakan syarikat penerbangan kos rendah yang beroperasi di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa di Dubai.