Categories
NASIONAL

PRN Sarawak : PAS harap diberi peluang bawa suara rakyat

OLEH : AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 15 MAC: PAS serius dalam usaha menjadi pihak semak dan imbang (check and balance) di Sarawak dan berharap masyarakat tempatan memberikan peluang kepada mereka membawa suara rakyat.

Naib Presiden PAS, Dato’ Iskandar Abdul Samad, berkata PAS bakal bertanding di 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan sudah tentu bukan bertujuan membentuk kerajaan namun tidak bersekongkol dengan Barisan Nasional (BN).

SarawakKatanya, PAS bukan hanya parti untuk orang-orang Islam tetapi memperjuangkan nasib semua kaum di Malaysia.

“PAS membawa suara rakyat menentang apa sahaja penyelewengan di samping mempertahankan hak rakyat . Kita bersama-sama memperjuangkan kepentingan anak negeri agar Sarawak dapat mencapai kemajuan setaraf dengan negeri termaju di Malaysia.

“Walaupun belum memenangi pilihan raya, PAS Sarawak menjalankan usaha membantu rakyat di bawah program seperti projek kemudahan awam dan ekonomi rakyat.

“Di atas kesungguhan ini, rakyat Sarawak wajar memberi peluang kepada PAS mewakili mereka pada pilihan raya negeri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, wakil rakyat PAS berperanan cemerlang di kalangan masyarakat bukan Islam khususnya di Selangor.

“Wakil rakyat PAS prihatin kepada isu masyarakat bukan Islam seperti bahasa ibunda, pendidikan, perumahan, tanah, kebajikan dan tempat ibadat.

“Tuduhan PAS hanya memperjuangkan nasib masyarakat Islam tidak benar,” katanya.

Iskandar berkata, PAS sudah mengerahkan seluruh jenteranya untuk memastikan PAS dapat memenangi beberapa kerusi ADUN pada pilihan raya negeri yang dijangka berlaku pada bulan Mac atau April ini.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.