Categories
SELANGOR

Red Giants: Prestasi awal musim lebih baik berbanding 2015

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 14 MAC: Desakan sesetengah pihak mahu Zainal Abidin Hassan melepaskan jawatan jurulatih bukan perkara baru ekoran pasukan itu pernah berhadapan isu sama peringkat awal pengendalian Mehmet Durakovic pada 2015.

Pengurus Pasukan Selangor, Amirudin Shari, berkata prestasi pasukan ‘gergasi merah’ lebih baik berbanding musim lalu apabila berjaya mengutip 10 mata selepas mengharungi lima perlawanan awal musim berbanding hanya lapan mata pada awal musim 2015.

RED GIANTS“Pada musim lepas, desakan menukar jurulatih berlangsung pada Januari hingga bulan September tetapi selepas layak ke suku akhir Piala Malaysia baru desakan ini hilang dan sebahagian besar mendesak pada masa itu kini mahu Mehmet balik.

“Kalau saya dengar laporan semata-mata di facebook dan twitter, bermakna Selangor kena tukar jurulatih 12 kali setahun. Justeru, kita bertindak berdasarkan fakta dan angka,” kata Amirudin.

Beliau berkata demikian ketika meninjau perkembangan kerja mengganti rumput baru di Stadium Shah Alam di sini, hari ini.

Katanya saingan lebih kompetitif dalam Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (Piala AFC) menjadikan jadual perlawanan lebih padat.

“Perlawanan Piala AFC saya anggap seperti Piala Malaysia lepas, memang kita bermula perlahan. Kalau kita ingat musim lepas kita tewas 3-0 kemudian seri dan sekali lagi seri. Selepas itu baru kita menang di Terengganu dengan T-Team, Kelantan dan sebagainya,” kata beliau.

Tambah Amiruddin lagi, jurulatih dan pemain Selangor perlu berusaha bangkit mengatasi kelemahan ada dan mengelakkan rasa selesa peringkat awal yang boleh menghukum pasukan.

“Selepas ini format Piala Malaysia berubah selepas 11 perlawanan liga bermula saingan Piala Malaysia pula dan mungkin ada terkejut tetapi sebagai pemain, jurulatih dan pasukan profesional kita adaptasi hal ini sebaik mungkin,” katanya lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.