Categories
SELANGOR

Selangor komited pacu pendidikan teknikal dan vokasional

OLEH : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 16 MAC: Kerajaan Negeri dijangka memberi penekanan mendalam menerusi bidang pendidikan teknikal dan vokasional bermula tahun depan.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata penekanan dalam bidang itu dibincangkan secara khusus dalam retreat Exco baru-baru ini.

State assemblyman for Seri Setia and Deputy Speaker of the Selangor state assembly, Nik Nazmi Nik Ahmad arrives at the Court of Appeal in Putrajaya on April 25, 2014. The Malaysian Insider/Najjua Zulkefli

“Walaupun bidang pendidikan adalah dari Kerajaan Persekutuan namun Kerajaan Negeri mengambil sikap proaktif, oleh itu mungkin untuk Belanjawan Negeri 2017, kita akan saksikan satu penekanan baru terhadap bidang teknikal dan vokasional.

“Perkara ini kita bincangkan secara panjang lebar dalam retreat Exco baru-baru ini. Bagaimanapun, kita sedang mengkaji pendekatan yang terbaik untuk melaksanakan perkara itu,” katanya kepada pemberita.

Baru-baru ini, Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mahu Kerajaan Persekutuan memberi penekanan terhadap bidang terbabit supaya negara dapat mengeluarkan graduan terlatih.

Beliau berkata, sumber daya manusia diyakini mampu mewujudkan pelaburan terbaik dalam sesebuah negara.

Mengikut statistik, hanya lima peratus pelajar Malaysia mengikuti kursus pendidikan bidang itu dan ia jauh ketinggalan berbanding Singapura (25 peratus), Indonesia (53 peratus) dan Thailand (45 peratus).

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.