Categories
SELANGOR

Selangor salur RM50,000 jayakan HeForShe

OLEH : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 30 MAC: Sekurang-kurangnya RM50,000 diperuntukan Kerajaan Negeri bagi tujuan kempen dan program advokasi HeForShe di kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Exco Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata kempen itu diukur dengan bilangan ‘sign up’ atau tandatangan komitmen HeFoShe dengan mensasarkan golongan lelaki berbanding wanita.

DAROYAH DNS 2016“Kerajaan Negeri merancang dan merangka program dan kempen berkaitan bagi tujuan tersebut memandangkan kesedaran awam ini merupakan satu proses yang panjang,” katanya di Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Kempen HeForShe yang dilancarkan adalah bertujuan memberi kesedaran awam kepada masyarakat terutama golongan lelaki untuk memahami kepentingan untuk bersama-sama mencapai kesaksamaan gender.

Sehingga 23 Mac 2016, seramai 1,302,116,780 orang diseluruh dunia menandatangani komitmen HeForShe.

Daripada jumlah itu, seramai 2,276 orang rakyat Malaysia menandatangani iaitu seramai 1,893 orang lelaki (83.2%) dan 330 orang wanita (14.5%), manakala 53 lain-lain (2.3%).

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.