OLEH NAZLI IBRAHIM
SHAH ALAM, 1 APRIL: Seramai 392 pesawah padi di Selangor dianugerahkan Sijil Amalan Pertanian Baik (MyGAP) ekoran kemampuan mereka mematuhi piawaian berdasarkan 10 amalan ditetapkan Jabatan Pertanian Selangor.
Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, berkata amalan itu bertujuan menggalakkan petani meningkatkan hasil berkualiti.
“Pemutuan ini mendidik petani mengeluarkan padi bermutu dan mereka yang mengamalkan amalan ini akan menerima sijil MyGAP daripada Jabatan Pertanian.
“Jabatan Pertanian mensasarkan seramai 213 lagi petani akan menerima sijil sama pada 2016,” katanya ketika menggulung perbahasan menjunjung titah ucapan DYMM Sultan Selangor di Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini, hari ini.
Pada masa sama, katanya, Kerajaan Negeri juga bersedia membantu pesawah meningkatkan pengeluaran masing-masing dalam pelbagai aspek termasuk bantuan teknikal.
-AA-