OLEH AFIX REDZUAN
SHAH ALAM, 14 APRIL: Teguran Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berkenaan gelaran negatif seperti ‘syaitan’ yang boleh mengundang perasaan benci dan permusuhan disokong Exco Hal Ehwal Agama, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’
Dr Ahmad Yunus Hairi.
Beliau berkata, gelaran tidak ilmiah kepada mana-mana penganut agama adalah tidak bertanggungjawab malah mengundang kemarahan serta dilarang Islam.
“Adakah Dr Zakir Naik sifatnya begitu? Dakwahnya adalah bersifat ilmiah dengan fakta-fakta untuk menguatkan keimanan umat Islam dan manusia supaya berfikir berkenaan kebenaran serta ketuhanan,” katanya ringkas kepada Selangor Kini.
Di sebalik kontroversi kehadiran pendakwah bebas Dr Zakir Naik, timbul kenyataan kurang enak daripada seorang pimpinan politik yang menulis status menggelar pendakwah itu sebagai “setan”.
Situasi itu menimbulkan perasaan kurang senang pelbagai pihak namun beliau menarik balik gelaran itu dan menyatakan rasa kesal atas tindakannya.
-AA-