Categories
NASIONAL SELANGOR

Himpunan Mansuh GST: Rakyat banjiri Dataran Merdeka

OLEH AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 2 APRIL: Rakyat berbilang kaum mula membanjiri ibu negara untuk menyertai himpunan aman bagi menyuarakan bantahan terhadap pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

71457673-fa2d-496d-bfe8-20b458e59a17Himpunan bertemakan ‘Mansuh GST, Undur Najib’ itu diadakan genap setahun selepas pelaksanaan cukai enam peratus terbabit pada 1 April 2015.

Peserta daripada pelbagai kumpulan termasuk ahli politik, aktivis dan badan bukan kerajaan (NGO) bergerak dan berhimpun dari pelbagai lokasi terus menuju ke Dataran Merdeka.

SelangorKini melaporkan perkembangan terkini himpunan:

 

3.50 petang – Beberapa pemimpin mengambil giliran menyampaikan ucapan berkenaan GST termasuk menggesa Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.

Frasa “hati panas” menjadi topik utama ucapan mereka.

CP2A0066Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar menegaskan rakyat berhimpun hari ini untuk menyatakan kesediaan melawan rejim yang zalim.

“Walaupun ada yang kata hari panas, tapi dalam hati lagi panas.

“Kita mahu dana rakyat dikembalikan, GST dimansuhkan. Pemimpin korup, kalau nak lari, cubalah lari,” katanya.

Naib Presiden KEADILAN Tian Chua memberi ucapan dengan menegaskan negara menolak rasuah dan pemimpin mengamalkan rasuah.

Ketua Sekrateriat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah kemudiannya menyambung “Semua rakyat dah panas dalam hati.”

3.42 petang – Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengingatkan rakyat untuk terus bangkit melawan rasuah dan kezaliman meskipun hati masih berada dalam ‘kepanasan’.

Katanya, rakyat sudah terlalu lama bertahan hingga mengakibatkan pemimpin berbelanja sesuka hati dan menyebabkan rakyat terbeban.

CP2A0089“Kita semua panas, tetapi percayalah dalam hati lebih panas.

“Berapa lama lagi kita nak bertahan di kala rakyat terpaksa menangung perbelanjaan yang tidak perlu,” katanya.

Wan Azizah yang juga Ketua Pembangkang berkata, GST terpalit terhadap semua rakyat tidak kira siapa.

Pada masa sama, beliau turut melaungkan ‘Bebas Anwar’ yang sudah lebih 400 hari dipenjarakan di Penjara Sungai Buloh.

3.05 petang – Peserta demo berada di hadapan hadangan penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

2.50 petang – Kelompok penyokong dari DAP tiba dari Jalan Sultan menuju ke Dataran Merdeka

a2bf35b6-0b0e-4756-a7da-8f4a1957da50

Leave a Reply

Your email address will not be published.