Categories
NASIONAL

Kualiti udara Lembah Klang bertambah baik

SHAH ALAM 24 APR: Kualiti udara hari ini bertambah baik berbanding semalam apabila tiada lagi kawasan yang mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.

Pencerapan Jabatan Alam Sekitar (JAS) setakat jam 9 pagi Ahad mendapati, 23 kawasan mencatat IPU sederhana di bawah 100.

IPU jerebuMenurut laman portal JAS, IPU tertinggi direkod adalah di Pelabuhan Klang (98), diikuti Batu Muda, Kuala Lumpur (81) dan Banting (80).

Sementara 21 kawasan lain mencatat bacaan IPU antara 51 ke 79, dan 27 kawasan lain pula merekodkan bacaan IPU baik, antara 18 ke 50.

Antaranya ialah Labuan (27), Perai (39), dan Pasir Gudang (50).

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.