Categories
SELANGOR

Menteri akui internet Malaysia mahal dan lembab

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 1 APRIL: Kerajaan Persekutuan mengakui perkhidmatan internet negara ini lebih mahal berbanding negara serantau seperti Thailand, Singapura, Taiwan, Vietnam, Korea dan lain-lain.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata walaupun penyedia perkhidmatan internet mengenakan caj tinggi, tetapi perkhidmatannya masih lagi berada pada tahap mengecewakan.

nik nazmi a“Ini disebut sendiri menteri itu, bukan saya yang kata,” katanya semasa menggulung perbahasan titah ucapan perasmian DYMM Sultan Selangor pada Persidangan Dewan Negeri Selangor di sini, hari ini.

Nik Nazmi bagaimanapun enggan menamakan menteri yang dimaksudkan.

Katanya, keadaan itu berlaku ekoran infrastruktur untuk penyediaan internet di negara ini masih terkebelakang berbanding negara lain.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.