Categories
NASIONAL

PAS Selangor ke Sarawak bantu kempen PAS, KEADILAN

OLEH : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 8 APR: PAS Selangor sudah mula menghantar petugas jentera pilihan raya ke Sarawak bagi membantu kempen parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan tidak berapa lama lagi.

Setiusaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman, berkata selain menumpukan di 11 kawasan bakal ditandingi PAS, pasukan jentera itu turut berkempen di kawasan ditandingi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).

khairuddin othman“PAS Selangor dah ke Sarawak sejak beberapa bulan lalu dan pada masa ini kita hantar seramai 30 orang pada satu masa secara bergilir-gilir.

“Kita akan menambah jumlah anggota mengikut keperluan selepas Dewan Negeri Sarawak dibubarkan.

“Selain berkempen di kawasan ditandingi PAS, kami juga membantu di kawasan ditandingi rakan kita dari KEADILAN,” katanya kepada SelangorKini.

Jelasnya, antara mesej penting dibawa termasuklah pencapaian Kerajaan Selangor khususnya melibatkan usaha membantu rakyat dalam pelbagai program di bawah skim Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

“Selangor sendiri adalah model terbaik untuk rakyat Sarawak jadikan contoh bagaimana sebuah kerajaan bersungguh-sungguh bantu rakyatnya,” katanya lagi.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.