OLEH : MENTERI BESAR, DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI
Saya mengucapkan selamat tahun baru kepada masyarakat Hindu dan Sikh yang masing-masing menyambut Chithirai dan Vaisakhi.
Semoga perayaan ini disambut dengan penuh makna bersama keluarga dan seluruh masyarakat di Malaysia.
Chithirai meraikan permulaan tahun yang baru agar selamat dan senang sepanjang tahun; manakala Vaisakhi meraikan kemajuan masyarakat dan perkongsian nilai hidup.
Dalam konteks Malaysia hari ini, rakyat pelbagai kaum, agama dan budaya inginkan perkara yang sama, yakni hidup yang sejahtera, aman dan selamat.
Nilai hidup seperti saling menghormati dan kasih sayang seharusnya dijadikan asas kemajuan masyarakat, bukannya pemahaman perkauman yang sempit dan mementingkan diri sendiri.
Saya komited dalam memastikan Kerajaan Negeri Selangor sebagai teladan sebuah negeri maju yang inklusif dengan memberi layanan adil kepada semua warga Selangor.
Pendidikan menjadi keutamaan Kerajaan Negeri misalnya dengan memberi tuisyen percuma dan subsidi tambang bas kepada anak peladang yang miskin
-nR-