Categories
NASIONAL

Pesawah juga patut terima MyBeras

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 22 APR: Pemberian beras percuma sebanyak 20 kilogram (kg) sebulan menerusi program MyBeras harus diberikan juga kepada kumpulan pesawah padi.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, berkata 130,000 pesawah yang dianggarkan di seluruh negara juga tidak layak mendapat subsidi beras dan pengagihan penerima juga perlu dilakukan secara adil tanpa merujuk hanya kepada pangkalan data e-Kasih.

mahfuz parlimen 01“Jika, hanya 85,000 orang sahaja penerima, bagi saya ia tidak mencapai satu matlamat kepada golongan berpendapatan rendah kerana hanya mengikut senarai e-Kasih, sedangkan ia hanya mengikut senarai kriteria daripada kerajaan.

“Sedangkan yang patut menerima beras percuma ini lebih ramai termasuk kakitangan kerajaan di peringkat rendah umpamanya.

“Jika dikira, kakitangan kerajaan lebih daripada angka itu yang mengalami kesusahan tambahan tinggal di bandar besar sehingga membawa bekal ke pejabat,” katanya.

Beliau berkata, keadaan itu menunjukkan tekanan yang dihadapi rakyat ekoran penigkatan kos sara hidup.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata 85,401 keluarga miskin tegar layak menerima bantuan 20 kg beras percuma setiap bulan menerusi program MyBeras.

Tiga negeri utama yang akan menerima bantuan di bawah program itu ialah Sabah iaitu 31,055 keluarga, diikuti Sarawak (30,094) dan Kelantan (13,417).

berasKatanya, kerajaan perlu mengkaji semula mekanisme yang sesuai untuk melaksanakannya bukan hanya merujuk kepada angka 85,000 orang.

“Saya merasakan apa yang dilakukan kerajaan tidak mencapai matlamat tetapi satu pengakuan bahawa kehidupan rakyat teruk sehingga terpaksa mendapatkan beras percuma.

“Bagaimana dikatakan keutamaan untuk penduduk di Sabah, Sarawak dan Kelantan, sedangkan penoreh getah di seluruh negara yang melebihi angka itu turut menderita tambahan dengan kejatuhan harga getah semasa?,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.