Categories
SELANGOR

Program INSAN bina modal insan berkualiti

OLEH: HAFIZAN TAIB

PETALING JAYA, 3 APR: Pembangunan modal insan berakhlak dan berkualiti dalam kalangan generasi muda dilaksanakan menerusi program INSAN anjuran Kerajaan Negeri.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains & Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata ia dilaksanakan bagi memenuhi keperluan semasa selain menangani masalah sosial dan kes buli yang dilaporkan semakin menjadi-jadi.

Nik Nazmi“Kita ada laksanakan program INSAN untuk membina modal insan dalam kalangan pelajar.

“Inisiatif ini diambil bagi membendung budaya tidak sihat dari terus menular dalam kalangan anak muda,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, kuasa Kerajaan Negeri adalah terhad kerana pengendalian sekolah tertakluk di bawah biang kuasa Kerajaan Persekutuan.

Mengulas lanjut, Ahli Dewan Negeri (ADN) Seri Setia itu berkata, biarpun secara umum mungkin kes berlaku dilihat tidak banyak tetapi ia adalah serius seperti mana dilaporkan baru-baru ini membabitkan seorang pelajar di negeri itu.

Kenyataannya dipercayai merujuk kes pelajar Tahun Dua terpotong lidahnya didakwa angkara buli sekumpulan pelajar Tahun tiga di sebuah sekolah rendah di Klang, Selangor.

Walaupun siasatan menyeluruh polis mendapati tiada unsur buli, namun mangsa dipercayai menerima tekanan daripada beberapa pelajar lain hingga menyebabkan insiden itu berlaku.

“Maka dengan program dilaksanakan ini, kita berharap gejala sebegini dapat dibendung dengan segera,” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.