Categories
SELANGOR

Tubuh Jawatankuasa Tertinggi perangi denggi habis-habisan

OLEH: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 9 APR: Satu jawatankuasa peringkat tertinggi ditubuhkan dalam usaha memerangi denggi dan dipengerusikan Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita Dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata jawatankuasa itu juga akan dianggotai Exco Kerajaan Tempatan dan Exco Perumahan.

Katanya, kesemua Datuk Bandar dan Yang Di Pertua pihak berkuasa tempatan (PBT) juga turut serta dalam jawatankuasa khas itu.

DAROYAH DENGGI“Kita akan mengenalpasti langkah harus diambil menangani denggi di peringkat Kerajaan Negeri.

“Jawatankuasa ini dijangka mula bermesyuarat pada Selasa ini bersamaan 12 April 2016,” katanya dalam sidang media.

Turut serta ialah Datuk Bandar Shah Alam (MBSA), Datuk Ahmad Zaharin Mohd Said.

Terdahulu, Daroyah merasmikan Program SEDA-10 (Cari dan Musnah Aedes 10 Minit) Peringkat Zon MPP MBSA dan Pelantikan Ahli Majlis sebagai Agen SEDA-10 2016.

Daroyah berkata, Kerajaan Negeri menerusi PBT juga menyertai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memeriksa setiap rumah di kawasan lokaliti hotspot Denggi.

Daroyah Denggi (2)“Ia berlangsung sebulan bermula 11 April hingga 10 Mei, dan kemudian KKM kaji keberkesanannya.

“Kerajaan Negeri juga melihat dan putuskan langkah seterusnya,” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.