Categories
SELANGOR

UNISEL semarakkan forum isu rakyat, IPT lain gantung pelajar

OLEH : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 16 APR: Pendebat terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengkritik tindakan beberapa institusi pengajian tinggi yang tidak membenarkan forum membincangkan isu kepentingan rakyat diadakan.

Bagaimanapun beliau mengucapkan syabas kepada Universiti Selangor (UNISEL) yang memberi ruang mengadakan forum dan sekaligus menepati dasar UNISEL sebagai institusi pengajian tinggi yang sentiasa mementingkan percambahan ilmu di kalangan pelajarnya.

Kampus UNISEL“Diucapkan terima kasih kepada UNISEL kerana adakan forum begini. Rasanya kalau di universiti lain memang tak akan ada forum begini.

“Bila di UIAM bila kita debat GST antara Rafizi Ramli dan Lokman Adam, dua pelajar UIAM digantung selama dua semester,” kata Syed Saddiq yang juga merupakan jurucakap kumpulan belia Challenger.

Beliau berkata demikian pada Forum Persepsi Anak Muda: Menangani Kos Sara Hidup Menjelang Wawasan 2020 di Kampus Utama Universiti Selangor (UNISEL) di sini, malam tadi.

Syed Saddiq juga berharap UNISEL meneruskan program keilmuan dan membincangkan isu rakyat bagi mendorong golongan pelajar mampu menilai sesuatu isu dalam pelbagai aspek.

Terdahulu, Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Islam Antaranbangsa Malaysia (UIAM) Hanif Mahpa dan exconya Afiqah Zulkifli digantung pengajian setelah menjemput Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli sebagai penceramah pada satu forum GST pada Mei tahun lalu.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.