Categories
SELANGOR

Bengals RC johan Crown Jakarta Rugby

OLEH: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 27 MEI: Kelab ragbi, Bengals RC mengharumkan Selangor apabila menjadi johan dalam kejohanan Crown Jakarta Rugby 10’s 2016 di Indonesia baru-baru ini.

Presidennya, Abdul Rahim Wasik, berkata pasukan itu menewaskan Kelab KL Saracens dengan keputusan 21-19 di perlawanan akhir yang berlangsung pada 7 Mei lalu.

UPACARA PENYAMPAIAN HADIAHKatanya, Mohd Hafizuddin Abdullah turut terpilih sebagai pemain terbaik kejohanan peringkat umur bawah 14 tahun.

“Kemenangan pertama di luar negara ini adalah hadiah paling bernilai
untuk jurulatih, warga Bengals RC serta komuniti Klang yang sentiasa memberi sokongan.

“Pasukan ini dibentuk sejak pemain berusia 10 tahun dan keakraban serta silaturahim yang kuat di antara pemain, ibubapa dan jurulatih menjadi kelebihan kelab ini,” katanya dalam kenyataan.

PASUKAN BENGALS RC U14 DI JAKARTADitubuhkan pada 2008, Bengals RC yang disertai pelajar sekolah di sekitar Klang pernah menjuarai kejohanan KGV 10s International Invitation serta kejohanan di Bukit Beruang, Melaka untuk Kategori Bawah 12 tahun.

Pada Februari lalu, pasukan Bengals RC kategori Bawah 13 tahun turut menjadi juara Kejohanan KL Saracens RugbyPass International 10’s.

Abdul Rahim berkata, pasukannya kini membuat persiapan rapi untuk menyertai Kejohanan KL Tiger International 10’s 2016 bagi kategori 10, 11 12, 13, 14, 16 dan 18 tahun yang akan berlangsung di Epsom College, Bandar Enstek pada Jun ini.

“Kami sentiasa berusaha mengharumkan nama Bandar Klang serta
Selangor di peringkat kebangsaan dan antarabangsa demi masa depan
pemain sambil mempromosi sukan ragbi.

“Kami turut mengalukan sebarang bentuk tajaan dari syarikat atau agensi kerajaan untuk bersama kami mencapai objektif berkenaan,” katanya.

Untuk tajaan, pihak berminat boleh hubungi Setiusaha Bengals RC, Mohd Faeez Yasin di talian 017-6254044.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.