Categories
SELANGOR

JAIS: Elak lantik imam tarawih luar negara, kekang ekstremisme

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 30 MEI : Semua masjid dan surau dilarang melantik imam dari negara luar bagi mengetuai solat tarawih di seluruh Selangor, kata Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Dato’ Haris Kasim.

Katanya, ketetapan itu dibuat bagi menghalang sebarang kegiatan ekstremis dan fahaman bertentangan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

JAIS APP HALAL“Masjid dan surau di seluruh Selangor tidak dibenarkan secara langsung atau tidak melantik imam tarawih dari negara luar.

“Digalakkan imam tarawih dilantik dalam kalangan imam tempatan yang terdiri daripada pelajar atau lulusan tahfiz dalam negara,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Konvensyen Pemantapan dan Pemerkasaan Pengurusan Masjid dan Surau Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, di sini, hari ini.

Hadir sama, Senator Dewan Negara, Dr Muhammad Nur Manuty; Exco Ehwal Agama, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Ahmad Yunus Hairi; Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Dato’ Haris Kasim dan Imam Besar Masjid (MSSAAS), Muhammad Farhan Wijaya.

Menyambut baik usaha itu, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, saranan itu bertepatan dengan realiti dalam masyarakat ketika ini.

Beliau berkata, masyarakat kini diancam kewujudan gejala ekstemis serta pertikaian mengenai ajaran dan pegangan tidak menjurus kepada Islam sebenar.

“Untuk menjamin umat Islam seluruh negeri kembali berpadu, tindakan ini wajar diambil Kerajaan Negeri yang mana kita mahu penceramah di negeri ini memahami konteks fekah di Malaysia sebagai sebahagian pegangan umat Islam.

“Memetik kenyataan dikemukakan Sheikh Yusof Al-Qardawi yang menetapkan fekah di negara ini sebagai fekah mengikut keutamaan selaras ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.