OLEH : ERMIZI MUHAMAD
SHAH ALAM, 14 MEI : Penduduk Subang Jaya berpeluang menghadiri program Jom Sembang Bersama Peguam secara percuma di Balai JKP Zon 3, Jalan USJ 2/14 pada 22 Mei secara percuma.
Program anjuran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Jawatankuasa Penduduk Zon 3 diadakan bagi memudahkan masyarakat setempat mendapat maklumat perundangan berkaitan perumahan, perbankan, sivil dan lain-lain lagi.
Penyertaan beberapa peguam sukarelawan menerusi program ini juga akan mendedahkan pelbagai maklumat dan hak penduduk selaras konteks perundangan di Malaysia.
Ia bakal dirasmikan Ahli Dewan Negeri (ADN) Subang Jaya; Hannah Yeoh, Ahli Parlimen Kelana Jaya; Wong Chen dan Ahli Majlis MPSJ; Tony Chang.
Sebarang maklumat dan pertanyaan boleh melayari laman sesawang MPSJ ke kaunter MPSJ berdekatan.
Orang awam dijemput hadir memeriahkan lagi program ini dan tidak melepaskan peluang mendapatkan penjelasan lanjut berhubung isu perundangan negara.
EZY