Categories
SELANGOR

Kanak-kanak derita hydrocephalus terima bantuan LZS

OLEH AFEEQA AFEERA

BANGI, 11 MEI: Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Itulah nasib dialami Nasnawati Aswi yang terpaksa melakukan kerja sampingan memotong getah bagi menampung kehidupannya bersama dua orang anak.

Lebih menyedihkan, anak sulungnya yang kini berusia enam tahun disahkan menghidap penyakit hydrocephalus (penyakit kepala berair) sejak usia tujuh bulan.

13138782_10154057663201221_8463248549378487488_nMenyedari keadaan itu, Lembaga Zakat Selangor (LZS) tampil menghulurkan bantuan segera sebanyak RM500 termasuk barangan keperluan seperti susu dan lampin pakai buang serta beras.

“Bantuan susulan iaitu katil untuk Noraisya (anak sulung), bantuan sewa rumah dan kewangan bulanan akan disusuli supaya dapat meringankan bebanan dan dugaan keluarga ini,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Nasnawati kini membesarkan anaknya seorang diri setelah suaminya hilang tanpa khabar berita selama hampir enam bulan.

“”Melihat keadaan ini, terasa amat besar dugaan dihadapi mereka. Kita doakanlah yang terbaik untuk keluarga dan anak ini,” katanya.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.